Wednesday, 12 August 2015

Tugas- Tugas Seorang Inspektor Kimpalan (Duties of Welding Inspectors) - 1.1 Pengenalan

Seorang pemeriksa kimpalan (atau welding Inspector) bertanggungjawab dalam membantu aktiviti kawalan kualiti (Quality Control), untuk memastikan bahan logam yang dikimpal memenuhi kehendak spesifikasi yang telah ditetapkan dan juga untuk memenuhi tahap kepenggunaan yang telah ditetapkan.

Pemeriksa kimpalan perlu memahami / mentafsir pelbagai prosedur QC dan juga wajib mempunyai pengetahuan yang mantap dalam teknologi kimpalan dalam aspek kerja mereka. Ini adalah bagi memberi keyakinan kepada pihak majikan (client)tentang kualiti kerja mereka.

Pemeriksaan visual (Visual Inspection) merupakan salah satu disiplin dalam kaedah 'Pemeriksaan Tanpa Musnah' (Non Destructive Examination). Dalam sesetengah aplikasi, pemeriksaan visual mungkin merupakan satu-satunya kaedah yang boleh digunakan.

Untuk situasi yang lebih mencabar seperti aktiviti pengesanan retak permukaan (surface crack) dan pemeriksaan kimpalan butt (butt weld), pemeriksaan visual biasanya diiringi oleh satu atau lebih kaedah Pemeriksaan Tanpa Musnah.

Spesifikasi / Kod biasanya akan memberikan kriteria kelulusan bagi kegunaan seorang pemeriksaan kimpalan. Spesifikasi / Kod juga mungkin sangat khusus dalam menentukan teknik-teknik yang sesuai untuk digunakan dalam mengesan retak permukaan dan juga kimpalan butt.

Contoh panduan dan asas bagi kriteria kelulusan untuk Pemeriksaan Visual adalah;

ISO 17637 (Non-destructive examination of fusion welds - visual Examination)


No comments:

Post a Comment